Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Kita Meninggal
Dari Anas r.a berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapatkan pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakanya.
5. Sesiapa yang menanam tanam - tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau
burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang
mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ia nya selalu mendoakan kedua orang
tuanya dan beristighfar baginya.Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran - ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.